Hamil 28 minggu

Kehamilan Di Minggu Ke-28 | Huggies Malaysia

Anda sekarang memasuki trimester ketiga. Pejam celik tak sangka sudah 28 minggu bukan? Tiba masa untuk anda berehat kerana peringkat ini penting untuk pembentukan paru-paru bayi. Jadi berehatlah dengan membaca buku, minum teh kamomil atau hayati lagu klasikal!

Perubahan yang dilalui oleh bayi anda

Rupa bayi anda terbentuk dengan laju dan semakin menyerlah ciri-ciri fizikalnya di dalam minggu ke-28. Anggaran berat adalah 2.22 paun atau 1 kilogram dan panjang dari hujung kepala ke hujung kaki dalam 14.80 inci. Bayi juga sudah mudah berlatih untuk bernafas.

Cecair amnion dihirup dan ditelan masuk ke dalam paru-paru semasa bernafas dan bayi juga sudah mula menghisap jari, mengelip mata, berguling, menendang, menggenggam dan tersedu.

Otak bayi mula berubah dari rupa lembut dan bulat kepada bentuk bujur dengan permukaan berlekuk. Rambut juga akan mula tumbuh di mana sesetengah bayi dilahirkan dengan rambut lebat dan ada yang botak atau rambut halus. Ada juga bayi yang dilahirkan dengan segumpal rambut sahaja.

Perubahan Fizikal Ibu Mengandung 28 Minggu | Huggies Malaysia

Tiada apa yang boleh anda lakukan untuk menghalang daripada tanda regang kulit yang terbentuk pada perut, dada, pinggang dan paha. Anda juga akan belajar untuk lakukan sesuatu kerja dengan lebih cepak bila duduk mencangkung dan membongkokkan badan menjadi lebih sukar.

Kalau anda bekerja di pejabat, aturkan meja kerja yang kemas. Selaraskan ketinggian kerusi supaya anda duduk dengan lebih selesa.

 

Kolostrum merupakan susu ibu dalam peringkat awal. Ia adalah cecair pekat, berwarna cerah atau kekuningan dan mempunyai antibodi tinggi. Ia juga adalah tanda payudara ada sudah mula tempoh berlaktasi dan bersedia untuk menghasilkan susu ibu.

 

Tips Untuk Mengandung 28 Minggu | Huggies Malaysia

  • Anda akan kerap ke tandas selang setiap lima minit, kerana kedudukan bayi yang berada di atas pundi kencing. Berwaspada juga dengan perut yang tak lawas dan pedih hulu hati.
  • Badan anda akan terus menghasilkan hormon relaxin dan progesteron, dan badan akan rasa semakin selesa.
  • Kuatkan otot dengan senaman regangan bagi mengelakkan sakit belakang. Rujuk dengan pakar fisioterapi obstetrik untuk mengenal pasti bahagian otot dan sendi yang bermasalah.
  • Anda kerap berdiri? Pastikan anda guna tali pinggang penyokong ibu hamil.
  • Teringin pergi bercuti? Cepat-cepat pilih destinasi sebelum anda ke hospital untuk bersalin.

Tahukah Anda - Kehamilan 28 Minggu | Huggies Malaysia

ARTIKEL YANG BERMINAT

Kehamilan 22/06/2020

Apa Perlu Dielakkan Semasa Mengandung

Kebanyakan wanita hamil memang berusaha gigih mengelakkan diri mereka daripada sebarang perkara yang berpotensi membahayakan diri dan bayi yang mereka kandung.

Kehamilan 22/06/2020

Kegatalan Kulit Semasa Mengandung

Salah satu kesan sampingan kehamilan ialah kegatalan kulit. Pasti anda hairan mengapa masalah sekecil ini perlu disertakan di sini dan anda mungkin

Kehamilan 26/06/2020

Hamil 19 minggu

Semakin lanjut tempoh kehamilan, semakin tidak selesa anda akan rasa. Kami sertakan beberapa perkara yang boleh anda jangka dan panduan untuk kekal rasa selesa.

ARTIKEL DENGAN TOPIK