Semua kategori
Diet kehamilan
Bersiap sedia untuk bersalin
Penjagaan diri ketika kehamilan
Mencuba untuk hamil?
Jangkaan ketika kehamilan
Trimester ke-2
Trimester ke-3

Hamil 29 minggu

29WeeksPregnantWhatToExpectjpg

Kehamilan Di Minggu Ke-29 | Huggies Malaysia

Bayi semakin aktif dan bertenaga pada minggu ke-29 dan personaliti bayi mereka boleh dikenal pasti melalui pergerakan. Melalui setiap tendangan dan hayunan tangan, mungkin anak anda adalah seorang penari… atau mungkin seorang pelari pecut!

Saluran pernafasan bayi semakin matang di peringkat ini, dengan bilangan struktur seakan pokok, bronkiol dan alveoli yang bertambah. Katakan anda bersalin tidak cukup bulan, nyawa bayi tetap panjang kalau organ-organ ini sudah terbentuk. Kedudukan sebenar bayi atau arah mana mereka menghadap memang agak sukar untuk ditentukan oleh doktor kerana bahagian kepala yang lebih kurang sama dengan bahagian pinggul, tambahan lagi bayi sering bergerak-gerak.

Perubahan Fizikal Ibu Mengandung 29 Minggu | Huggies Malaysia

Ramai wanita akan perasan suhu badan yang meningkat ketika semester ketiga. Anda akan rasa bahang dan ingin gunakan penghawa dingin sementara orang lain tidak rasa panas langsung. Anda juga akan menampung berat yang bertambah dan bergantung pada posisi bayi di dalam perut, tekanan berlebihan akan dirasakan di beberapa bahagian badan. Otot dan sendi yang semakin lembut dan kurang tegang kerana mahu bersedia untuk bersalin juga membuat ia senang membengkak disebabkan berat tambahan. Saiz bayi yang semakin berkembang, ditambah lagi dengan pergerakan aktif, boleh menyumbang kepada tekanan pada sistem penghadaman anda.

Tips Untuk Mengandung 29 Minggu | Huggies Malaysia

  • Anda perlu buat ujian darah untuk tentukan tahap darah atau sama ada anda perlukan tambahan zat besi. Buat juga ujian kumpulan darah, saringan antibodi dan senaman lantai pelvis.
  • Anggap otot-otot anda sebagai satu sistem sokongan yang menyokong semua orang penting dan tisu di bahagian pelvis. Pundi kencing, rektum, faraj, serviks dan rahim perlukan bantuan untuk kekal berada di kedudukan masing secara selamat.
  • Bahagian belakang badan terdedah pada risiko sakit. Untuk melawan berat dan beban yang bertambah di bahagian depan badan, belakang badan akan melengkung ke dalam secara automatik. Sekaligus menyebabkan kaki anda berjarakan untuk seimbangkan badan, dan anda akan nampak sedikit kengkang ketika berjalan.

Tahukah Anda - Kehamilan 29 Minggu | Huggies Malaysia

ARTIKEL YANG BERMINAT

How-to-have-twins
Kehamilan 22/06/2020

Cara dapat bayi kembar

Semua orang mempunyai pendapat berbeza tentang bayi kembar. Ada yang berfikiran terbuka untuk membesarkan bayi kembar, dan ada juga yang merasakan sebaliknya.

Gatal Celah Kelangkang Ketika Hamil | Huggies Malaysia
Kehamilan 22/06/2020

Kegatalan Kulit Semasa Mengandung

Salah satu kesan sampingan kehamilan ialah kegatalan kulit. Pasti anda hairan mengapa masalah sekecil ini perlu disertakan di sini dan anda mungkin

Cara Menangani Sifat Malu Di Kalangan Kanak-Kanak | Huggies Malaysia
Kanak-kanak 22/06/2020

Sifat Malu Di Kalangan Kanak-kanak

Kanak-kanak daripada pelbagai rupa dan usia mempunyai personaliti yang berbeza. Salah satu sifat kanak-kanak yang boleh menjadi cabaran kepada ibu bapa untuk menanganinya ialah sifat malu.

Huggies club

ARTIKEL DENGAN TOPIK