Hamil 30 minggu

Kehamilan Di Minggu Ke-30 | Huggies Malaysia

Bila ada sesiapa tegur anda nampak berseri, percayalah ianya benar!

Minggu ke-30, posisi bayi masih kepala di atas. Di waktu ini, janin terapung secara selesa di dalam cecair amnion sebanyak 750ml. Nampak seperti sempit, tetapi janin masih ada ruang untuk bergerak. Perut anda akan membesar dengan mendadak untuk memberikan lebih ruang kepada bayi yang akan lahir tidak lama lagi, dan ia akan mula rasa sempit.

Otak dan sistem saraf bayi sudah berkembang dan hampir matang. Berjuta-juta neurons menanti untuk dirangsang ketika bayi lahir. Melalui sentuhan dan interaksi yang anda berikan, ia membantu untuk membentuk sinaps yang menghubungkan neurons. Anda juga tidak perlu sehingga bayi lahir untuk mula berkomunikasi. Bercakap, menyanyi, urut perut sambil menggambarkan bagaimana rupa bayi anda, dapat bantu membentuk hubungan emosi dari peringkat awal.

Perubahan Fizikal Ibu Mengandung 30 Minggu | Huggies Malaysia

Bayi yang membesar semakin hampir dengan ruang pundi kencing, bermaksud ia akan menghimpit organ dan membuat anda mudah rasa mahu kencing. Cuba untuk tidak tergesa-gesa keluar dari tandas. Pastikan juga anda membuang air kecil dengan bersih untuk mengelakkan daripada terkena jangkitan saluran kencing.

Saiz rahim yang berkembang menambah tekanan pada saluran darah utama di keliling tulang pelvis, yang bermakna vena varikos juga bertambah dan tidak akan hilang dalam masa yang singkat. Ada wanita yang mengalami pembentukan vena varikos di kawasan vulva. Situasi ini sangat tidak selesa lebih-lebih lagi bagi individu yang mengalami buasir. Anda digalakkan untuk pakai pakaian dalam dengan komponen Lycra, guna stokin penyokong, mandi untuk melegakan badan dan elak daripada berdiri terlalu lama.

Tips Untuk Mengandung 30 Minggu | Huggies Malaysia

  • Anda akan perasan perut semakin mengeras dan rasa perit. Pada minggu ke-30, kontraksi Braxton Hicks adalah normal. Ini adalah cara semula jadi badan manusia bersiap sedia untuk bersalin. Kalau rasa kontraksi, sila duduk atau baring mengiring, bertenang dan minum air. Kalau ia berterusan dan terjadi lebih daripada 4 kali dalam sejam, hubungi doktor anda.
  • Dengan deria dan mentaliti kehamilan, anda akan jadi muda lupa. Tuliskan di atas kertas apa saja kemusykilan yang anda fikirkan. Jangan rasa malu untuk bertanya kepada pakar kesihatan.
  • Banyakkan membaca tentang kehamilan dan penjagaan bayi. Ini adalah masa yang sesuai menambah pengetahuan dan memupuk falsafah sendiri tentang bagaimana anda mahu membesarkan zuriat.

Tahukah Anda - Kehamilan 30 Minggu | Huggies Malaysia

ARTIKEL YANG BERMINAT

Kehamilan 22/06/2020

Apa Perlu Dielakkan Semasa Mengandung

Kebanyakan wanita hamil memang berusaha gigih mengelakkan diri mereka daripada sebarang perkara yang berpotensi membahayakan diri dan bayi yang mereka kandung.

Kehamilan 22/06/2020

Kegatalan Kulit Semasa Mengandung

Salah satu kesan sampingan kehamilan ialah kegatalan kulit. Pasti anda hairan mengapa masalah sekecil ini perlu disertakan di sini dan anda mungkin

Kehamilan 26/06/2020

Hamil 29 minggu

Artikel kami memberikan pelbagai info yang diperlukan oleh anda dan bayi anda, seperti pengambilan air dan zat besi.

ARTIKEL DENGAN TOPIK