Semua kategori
Diet kehamilan
Bersiap sedia untuk bersalin
Penjagaan diri ketika kehamilan
Mencuba untuk hamil?
Jangkaan ketika kehamilan
Trimester ke-2
Trimester ke-3

Hamil 32 Minggu

32WeeksPregnantWhatToExpectjpg

Kehamilan Di Minggu Ke-32 | Huggies Malaysia

Anda sudah bersedia? Walaupun ada beberapa minggu, anda dan bayi sudah mula bersiap sedia untuk menuju hari bersalin. Persiapan semakin rapi dengan kedudukan kepala sudah berada di bawah dan ruang rahim yang semakin sempit.

Bayi di dalam perut akan sentuh bahagian tepi dinding perut mencari posisi yang selesa. Pastikan juga dalam minggu ini anda mengambil 3-4 kuantiti makanan yang kaya dengan kalsium setiap hari; susu, keju, yogurt, kacang badam, ikan dengan tulang boleh dimakan dan sayuran hijau berdaun adalah sumber yang bagus.

Perubahan Fizikal Ibu Mengandung 32 Minggu | Huggies Malaysia

Ukuran perut anda kini lebih kurang 30 hingga 34 sentimeter dari bahagian hujung atas rahim sampan tulang pelvis. Kadangkala, dalam tempoh antara sekarang dengan minggu ke-34, bayi akan “jatuh” dari bahagian rusuk hingga mencecah kawasan pelvis, di mana bayi akan kekal di ruang itu dengan posisi kepala di bawah sampai hari bersalin. Akan akan perasan benjolan perut anda seperti ke bawah sedikit bila perkara ini terjadi. Tetapi bukan semua wanita mengalaminya kerana ada bayi yang hanya akan “jatuh” betul-betul bila dekat dengan hari bersalin.

Anda akan rasa kandungan lebih berat kalau mengandungkan bayi kembar. Rasa berlebihan juga bermaksud anda sudah hampir nak bersalin!

Tips Untuk Mengandung 32 Minggu | Huggies Malaysia

  • Anda mesti mahu fikir masak-masak kaedah bersalin mana yang mahu diambil - sekarang masanya untuk anda ambil tahu tentang setiap prosedur dan daftar masuk ke kelas pranatal.
  • Semua mahu bangun dari tidur di atas katil, pastikan anda berada dalam posisi mengiring dan guna tangan untuk bantu tolak badan anda sampai bangun. Gerakkan pinggul dekat dekat hujung katil dan maju ke depan.
  • Kuantiti makanan yang banyak boleh membuatkan anda rasa seperti ada batu-batu ditindih dalam perut. Pastikan anda makan makanan mudah dihadam dan dalam kuantiti terkawal.
  • Buah-buahan, sayur-sayuran, roti bakar, salad, yogurt, bijirin, biskut dan keju adalah contoh snek yang sihat.

     

  • Dapatkan nasihat daripada doktor tentang manfaat urutan perineal. Kalau anda bersalin secara semula jadi, perineum akan diregang berkali-kali untuk membenarkan kepala bayi keluar. Potongan episiotomi kadangkala perlu dilakukan untuk membuka pintu faraj, tetapi pembedahan kecil ini boleh dielakkan dengan bantuan urutan perineal sebelum bersalin.

Tahukah Anda - Kehamilan 32 Minggu | Huggies Malaysia

ARTIKEL YANG BERMINAT

Gatal Celah Kelangkang Ketika Hamil | Huggies Malaysia
Kehamilan 22/06/2020

Kegatalan Kulit Semasa Mengandung

Salah satu kesan sampingan kehamilan ialah kegatalan kulit. Pasti anda hairan mengapa masalah sekecil ini perlu disertakan di sini dan anda mungkin

How-to-have-twins
Kehamilan 22/06/2020

Cara dapat bayi kembar

Semua orang mempunyai pendapat berbeza tentang bayi kembar. Ada yang berfikiran terbuka untuk membesarkan bayi kembar, dan ada juga yang merasakan sebaliknya.

Cara Menangani Sifat Malu Di Kalangan Kanak-Kanak | Huggies Malaysia
Kanak-kanak 22/06/2020

Sifat Malu Di Kalangan Kanak-kanak

Kanak-kanak daripada pelbagai rupa dan usia mempunyai personaliti yang berbeza. Salah satu sifat kanak-kanak yang boleh menjadi cabaran kepada ibu bapa untuk menanganinya ialah sifat malu.

Huggies club

ARTIKEL DENGAN TOPIK