Tangisan Dan Pujukan

Mengapa kanak-kanak yang sedang bertatih sering menangis? Itu sebenarnya satu soalan yang sangat baik. Apabila bayi anda mula bertatih, ada pelbagai perkara yang akan menyebabkannya menangis – mungkin mereka tidak mendapat tidur yang cukup, mungkin mereka lapar atau dalam mood yang kurang baik, bahkan hampir apa sahaja boleh membuatkan si manja anda menangis. Mereka mungkin berasa hampa kerana tidak mampu melakukan sesuatu, atau anda tidak membenarkannya. Sesungguhnya keadaan ini perlu anda tangani sebelum sukar dikawal. Tangisan si manja mungkin boleh dihentikan dengan memberinya kepadanya sesuatu yang lain atau mengalih perhatiannya dan membantunya mengubah fikiran atau melakukan aktiviti lain tanpa sebarang masalah.

Cuba jangan abaikan perasaan mereka kerana bagi mereka, ia merupakan sesuatu yang serius. Tambahan pula mereka masih belajar untuk menyesuaikan diri dengan situasi yang berbeza dan untuk itu, bantuan anda amat mereka perlukan.

Mereka mungkin akan membuat perangai dan mengamuk. Amukan kanak-kanak disebabkan rasa meradang mereka terhadap sesuatu memang sukar untuk dikawal malah melihatnya, boleh membuatkan anda sendiri naik angin. Walau bagaimanapun, cubalah anda sendiri bayangkan bagaimana rasanya menjadi seorang kanak-kanak.

Menyelami Perasaan Anak Anda

Memahami dunia adalah sesuatu yang amat mengelirukan jika anda berusia satu hingga dua tahun. Anda masih belum mampu melahirkan segala perasaan yang terbuku dengan perkataan. Semua orang di sekeliling anda bersaiz lebih besar dan kuat dan mampu memaksa anda melakukan perkara yang anda tidak mahu seperti berhenti melukis di dinding dengan pena dakwat kekal yang ditinggalkan terbiar secara tidak sengaja oleh si ibu. Banyak perkara yang berlaku saban hari yang anda tidak fahami dan anda tidak berkemampuan untuk mengetahuinya. Mungkin anda boleh bayangkan betapa tidak berdayanya anda dalam keadaan begini.

Semasa anda kecil seperti ini, anda mungkin amat berkehendakkan sesuatu yang ada kalanya anda boleh dan ada kalanya anda tidak boleh mendapatkannya. Atau anda ingin menyentuh sesuatu atau bermain dengan sesuatu yang kelihatan amat menarik – tetapi tidak dibenarkan oleh orang lain. Mereka sorokkan benda yang anda inginkan itu daripada anda, walhal anda sudah cukup besar untuk mengetahui bahawa benda itu masih ada.

Ada kalanya dunia ini kelihatan amat besar dan menarik bagi seorang kanak-kanak – dan kadang-kadang ia menjadi keterlaluan. Anda tidak lagi mampu membendung perasaan dan tidak mampu untuk berhenti menjerit, bertempik, menendang dan berkelahi. Dan si ibu dan ayah kini berhadapan dengan amukan di luar kawalan. Berikut adalah beberapa petua yang boleh anda lakukan jika keadaan menjadi hingga sebegini.

  • Terus bertenang semasa anak anda sedang mengamuk

  • Pastikan anak anda selamat dan jauh dari sebarang objek berbahaya.

  • Seboleh mungkin, cuba untuk membiarkannya sahaja.

  • Peluklah anak anda setelah mereka reda dan yakinkan mereka bahawa anda sayangkan mereka.

  • Jangan sekali-kali beralah dengan amukan mereka – jika anda mengatakan tidak, bermakna ia adalah muktamad.

ARTIKEL YANG BERMINAT

Kanak-kanak 22/06/2020

Sifat Malu Di Kalangan Kanak-kanak

Kanak-kanak daripada pelbagai rupa dan usia mempunyai personaliti yang berbeza. Salah satu sifat kanak-kanak yang boleh menjadi cabaran kepada ibu bapa untuk menanganinya ialah sifat malu.

Kanak-kanak 22/06/2020

Mencari Keseimbangan Di Antara Kerjaya & Keluarga

Jika anda seorang ibu yang bekerja, sudah pastinya anda telah memperhebat kemahiran multitugas anda. Walaubagaimanapun, kami tahu mengimbang kerja dan keluarga merupakan suatu

Kanak-kanak 22/06/2020

Tabiat Si Manja

Mengadakan rutin, jadual dan penetapan masa adalah penting bagi kita sebagai ibu bapa bagi membolehkan si kecil membentuk tabiat yang baik sebagai kanak-kanak.

ARTIKEL DENGAN TOPIK