Rancangan Pemakanan Semasa Hamil

Walaupun, wanita hamil perlu selalu makan makanan yang menyihatkan, namun ada masanya mereka juga boleh menikmati makanan yang mereka gemari. Kehamilan bukanlah tempoh untuk menghindari atau terus berhenti memakan segala makanan yang menyelerakan dan anda gemari. Bagi sebahagian besar daripada kita, makanan adalah salah satu sumber kenikmatan yang amat bermakna. Oleh itu, mengabaikan citarasa selera anda selama sembilan bulan bukan sahaja tidak realistik, malah tidak baik.

Mana-mana rancangan pemakanan semasa hamil perlu meliputi sasaran untuk memakan pelbagai makanan yang segar dan menarik. Fikirkan tentang makanan yang akan anda makan dari segi manfaat dan kesannya kepada anda dan bayi anda. Anda hanya perlu menambah jumlah kilojoule harian anda apabila anda memasuki trimester ketiga. Walau bagaimanapun, jumlah harian tambahan yang diperlukan itu dapat dipenuhi dengan hanya menambah sedikit kuantiti buah-buahan yang biasa anda makan dan meminum segelas susu tambahan.

Aspek yang diambil kira semasa hamil adalah kualiti dan keamatan nutrien dalam diet anda, bukan kuantiti makanan itu sendiri. Anda mungkin biasa mendengar ungkapan “work smart” yang bererti berusaha secara bijak; tetapi sepanjang tempoh kehamilan, apa yang anda perlu lakukan adalah “eat smart” iaitu makan dengan bijak, bukan mengikut selera semata-mata.

Pentingnya merancang

Membuat perancangan bagi pemakanan semasa mengandung adalah kunci kepada pengambilan nutrisi yang baik. Seboleh mungkin elakkan daripada peti sejuk anda kosong dan kehabisan pilihan makanan yang menyihatkan. Jika anda kurang mempunyai masa terluang, mungkin anda boleh mempertimbangkan membeli-belah secara online, membuat senarai barangan, minta pertolongan pasangan anda atau menjadi lebih berdisiplin dengan masa anda. Memperuntukkan masa dan tenaga bagi memastikan bahan makanan dan pemakanan yang baik adalah sesuatu yang sentiasa akan memberi manfaat kepada anda.

Sebanyak manakah makanan yang perlu saya makan?

Sasarkan untuk makan 5-6 kali sehari sepanjang tempoh kehamilan anda. Jika anda tidak biasa makan sarapan, inilah masanya untuk anda membiasakan diri. Mereka yang tidak memulakan hari dengan pemakanan yang sihat biasanya mempunyai berat badan yang lebih dan tidak bekerja menggunakan kapasiti optimum mereka sepanjang hari. Kekuatan daya ingatan, kemampuan untuk mengingat semula, penumpuan dan fokus akan turut terjejas kerana mereka tidak mempunyai sumber tenaga yang cukup dalam tubuh untuk digunakan oleh minda mereka.

Jika anda memantau jumlah pengambilan kilojoule, jangan menyangka bahawa tidak memakan sarapan boleh membantu mengekalkan atau mengurangkan berat badan. Jika anda mempunyai anggapan sedemikian dan tidak mengambil sarapan pagi, tubuh anda akan menganggap bahawa anda sedang kebuluran akibat ketidakcukupan makanan dan ia akan bertukar kepada mod kebuluran. Akibatnya, tubuh anda berhenti daripada menggunakan lemak yang tersimpan, sebaliknya ia akan menyimpannya. Oleh itu, berilah dorongan kepada metabolisme anda dan makanlah makanan yang berkhasiat apabila bangun daripada tidur. Bayi anda juga memerlukannya sama seperti anda.

Makanan untuk mengurangkan rasa loya semasa hamil

  • Makanan ringkas dan mudah di hadam yang mengandungi tepung dan karbohidrat.
  • Sup cair yang tidak rumit berisi cebisan daging atau ayam dan sayuran berubi. Jangan makan terlalu banyak pada satu-satu masa dan berhenti apabila anda berasa muak.

Sertai komuniti Huggies (jika anda belum!). Menjadi ibu merupakan fasa baru dalam hidup anda, jadi anda ingin mencari komuniti ibu baru yang dapat menempuh perjalanan bersama anda. Petua kehamilan, petua keibubapaan dan sampel lampin percuma yang dikongsi di platform Huggies Club dapat memastikan anda juga bersedia untuk anak anda yang baru lahir.

 

Maklumat yang terkandung di dalam laman ini hanyalah untuk tujuan perkongsian informasi sahaja dan bukan sebagai gantian kepada nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan oleh pakar. Sentiasa dapatkan nasihat daripada doktor atau pembekal penjagaan kesihatan berkelayakan untuk sebarang persoalan berkenaan keadaan perubatan. Jangan berlengah untuk dapatkan nasihat perubatan, tidak mengendahkan nasihat perubatan atau berhenti mengambil rawatan perubatan disebabkan oleh maklumat di dalam laman ini. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, Kimberly-Clark tiada liabiliti atau bertanggungjawab untuk tuntutan, kesilapan atau pengabaian di dalam laman ini, dan boleh meminda material pada bila-bila masa tanpa sebarang notis. 

ARTIKEL YANG BERMINAT

Mood-Swings-Emotional-Changes-During-Pregnancy
Kehamilan 22/06/2020

Perasaan & Emosi Tidak Stabil Semasa Hamil

Kehamilan adalah titik permulaan pelbagai penyesuaian yang perlu dilakukan – baik dari segi fizikal mahu pun emosi.

Hilangkan Stretch Mark Selepas Bersalin | Huggies Malaysia
Kehamilan 22/06/2020

Tanda Regangan Kehamilan

Hampir kesemua nasihat mengenai rawatan dan proses menghilangkan tanda regangan menekankan tentang manfaat pencegahan di peringkat awal.

Baby-Care-11-Month-Old-Baby
BayiI Bergerak 22/06/2020

PENJAGAAN BAYI BERUMUR 11 BULAN

11 bulan? Semakin sukar untuk memantau setiap pergerakan Si Manja. Mereka anda aktif meneroka isi rumah dan juga ahli keluarga di sekeliling mereka.

ARTIKEL DENGAN TOPIK