Semua kategori
Diet kehamilan
Bersiap sedia untuk bersalin
Penjagaan diri ketika kehamilan
Mencuba untuk hamil?
Jangkaan ketika kehamilan
Trimester ke-2
Trimester ke-3

Cara dapat bayi lelaki

How-to-conceive-a-boy

Cara dapat bayi lelaki

Ada pasangan yang berkeinginan tinggi untuk mendapatkan bayi berjantina tertentu. Kaum bapa terutamanya, inginkan bayi lelaki tetapi ada juga kaum ibu mahukan bayi lelaki. Ada juga pasangan yang tidak kisah apa-apa jantina anak yang dikandung, asalkan bayi mereka sihat dan cukup sifat. Tetapi tidak salah jika anda secara spesifik mahukan bayi lelaki, kerana ada cara untuk mendapatkannya. Hanya perlu ingat bahawa tiada gerenti dan kebarangkalian bagi setiap kehamilan adalah sama untuk dapat bayi lelaki atau perempuan.

Jangan terlalu percaya dengan dakwaan yang dibuat oleh syarikat yang mengatakan mereka mempunyai kepakaran meramalkan jantina bayi yang bakal dikandung. Sila berhati-berhati agar anda tidak menghabiskan masa, duit, kepercayaan dan tenaga kerana pasangan ibu bapa tidak mempunyai pengaruh dan kata putus dalam menentukan jantina bayi. Hanya masa persetubuhan tertentu yang boleh meningkatkan kebarangkalian ini, dan ianya terbukti secara saintifik.

Diet, kalendar lunar, posisi seksual dan corak jantina lelaki/perempuan di dalam keluarga tidak mempengaruhi penentuan jantina.

Petua untuk dapat bayi lelaki

  • Lakukan hubungan intim pada hari ovulasi (sekurang-kurangnya 24 jam sebelum anda berovulasi).
  • Posisi penembusan dalam adalah digalakkan.
  • Sangat membantu jika wanita mencapai orgasme.
  • Sebelum melakukan hubungan intim, minum minuman tenaga, secawan kopi atau sedikit coklat.
  • Galakkan pasangan anda untuk memakai seluar boxer yang tidak ketat.

Apa yang fakta dan apa yang auta?

  • Fakta – bukan wanita, tetapi lelaki yang berperanan menentukan jantina bayi. Lelaki mempunyai dua kromosom yang berkaitan dengan jantina iaitu X (perempuan) dan Y (lelaki).
  • Kita hanya boleh berusaha untuk mendapatkan bayi dan tidak boleh mempengaruhi 100% jantina bayi yang dimahukan.
  • Kedua-dua testikel menghasilkan sperma yang mempunyai kromosom X dan Y, bukan berasingan. Telur yang disenyawakan juga adalah rambang dan bukan oleh perancangan rapi.
  • Jika anda nampak keluarga yang mempunyai bilangan anak lelaki dan anak perempuan yang sama banyak, bermakna seorang lelaki itu menghasilkan sperma yang mempunyai kualiti X dan Y yang baik.
  • Jantina bayi juga tidak boleh ditentukan dengan bantuan herba dan ubatan tradisional. Penggunaan bahan-bahan ini biasanya dikaitkan dengan dakwaan palsu yang tidak berasaskan carian saintifik.
Ciri-ciri sperma bayi lelaki Maksudnya untuk anda
Rupanya seakan-akan bentuk Y. Hanya pemerhatian yang menarik.
Tidak sekuat sperma yang mempunyai ciri-ciri bayi perempuan Menarik, tetapi tidak penting.
Mempunyai tenaga untuk berenang laju pada peringkat permulaan sahaja. Sperma tidak hanya duduk diam menunggu waktu ovulasi, oleh itu amat penting hubungan intim dilakukan pada waktu ovulasi.
Hanya mampu bertahan selama 24 jam sahaja untuk bersenyawa dengan telur selepas dikeluarkan daripada badan lelaki. Potensi untuk dapat bayi lelaki lebih tinggi apabila persenyawaan berlaku serentak dengan waktu ovulasi.
Berenang dengan laju apabila menghampiri telur. Fakta menarik, tetapi di luar kawalan anda.

Ciri-ciri sperma bayi perempuan Maksudnya untuk anda
Rupanya seakan-akan bentuk X. Fakta menarik – lengan ekstra pada ‘X’ menggambarkan kekuatan
Lebih kuat berbanding sperma Y dan mampu untuk bersenyawa dalam tempoh 4-5 hari selepas keluar daripada badan lelaki. Tidak perlu peka dengan masa ovulasi, kerana sperma perempuan boleh tunggu untuk seketika sebelum bersenyawa dengan telur.
Boleh ‘berdikari’ untuk mencari telur. Tidak ada apa-apa yang perlu anda lakukan.
Berenang lebih perlahan berbanding sperma Y, tetapi dapat mengekalkan tenaga secara konsisten. Juga tidak perlu untuk buat apa-apa.

Masa untuk lakukan hubungan intim

Faktor yang paling penting dalam percubaan untuk mendapatkan bayi lelaki adalah ‘masa’. Strategi ini seperti yang dicadangkan dalam Kaedah Shettles, di mana peluang untuk mendapat bayi lelaki dipertingkatkan jika hubungan intim dilakukan berhampiran atau bersamaan dengan waktu ovulasi. Menurut Shettles, sperma Y (lelaki) yang kurang lasak berbanding sperma X (perempuan), bermakna sperma Y boleh mendapatkan bantuan tambahan untuk sampai ke destinasi tanpa perlu bersaing dengan terlalu kuat. Tetapi semua ini bergantung kepada pasangan yang komited untuk semak waktu ovulasi setiap bulan kerana ianya amat penting untuk bekerjasama.

Jika anda inginkan bayi lelaki, menurut Shettles, elakkan melakukan hubungan intim:

  • terlalu awal daripada 24 jam sebelum anda berovulasi.
  • bukan 12 jam selepas anda berovulasi.

Shettles juga memberikan nasihat seperti berikut:

  • Posisi terbaik: posisi penembusan dalam digalakkan, agar air mani dan sperma dapat dikeluarkan dekat dengan serviks, sekaligus meningkatkan peluang sperma untuk masuk ke dalam tiub falopio. Maksimakan peluang untuk dapat bayi lelaki 12 sebelum berovulasi.
  • Jika pihak wanita dapat mencapai orgasme, ia juga membantu. Rembesan alkali di dalam vagina dapat memberikan bantuan kepada sperma untuk menjalankan fungsinya. Orgasme juga membantu sperma untuk masuk ke dalam tiub falopio dengan mudah disebabkan oleh pergerakan permukaan uterin dan kontraksi rahim.

Bagaimana nak tahu jika saya dah berovulasi?

  • Kebiasaannya pada pertengahan tempoh kitaran haid, para wanita akan merasakan kesakitan pada satu bahagian bawah pelvis.
  • Perubahan pada mukus servikal. Rupa mukus yang subur bagaikan putih telur – jernih, berair dan likat. Perubahan pada sel ini adalah bertujuan untuk memudahkan pergerakan sperma melalui serviks hingga ke dalam tiub falopio. Sperma sesuai dengan persekitaran ini dan tidak akan mati, kerana disebabkan mukus subur yang lebih bersifat alkali berbanding mukus tidak subur.
  • Gunakan kit ujian ovulasi. Ia boleh mengesan perubahan hormono yang berlaku ketika ovulasi, terutamanya peningkatan hormon peluteinan. Tetapi ada perbezaan pendapat tentang ketepatan bacaannya.
  • Para wanita yang telah berovulasi dan berada pada tahap subur akan merasakan perbezaan. Contohnya seperti peningkatan libido, tampil lebih menawan dan lebih tenang.
  • Peningkatan pada suhu badan basal. Suhu ini adalah yang paling rendah ketika badan anda berehat dan tidur. Suhu badan akan mula meningkat apabila proses ovulasi hampir bermula. Amat berguna jika anda mengambil rekod perubahan suhu badan pada tempoh ini, agar anda dapat pastikan waktu kesuburan yang sesuai untuk mendapatkan bayi lelaki.

Petua untuk dapat bayi lelaki

  • Sperma yang sarat membawa kromosom Y boleh dapat tenaga tambahan daripada kafein. Minum secawan kopi, minuman tenaga atau makan sedikit coklat sebelum melakukan hubungan intim.
  • Cadangkan kepada pasangan anda untuk tukar tabiat menggunakan seluar dalam ketat kepada yang lebih longgar. Gunakan seluar pendek boxer yang kurang ketat agar bahagian testikel tidak terlalu sempit dan panas. Jika suhu terlalu panas, boleh menyebabkan bilangan sperma berkurangan, sekaligus mengurangkan peluang untuk mendapat bayi lelaki.

Bagaimana dengan makanan yang saya ambil?

Diet dan pemilihan jantina berhubung kait rapat kerana sperma bayi lelaki lebih gemarkan persekitaran vagina yang beralkali. Walaupun masih dapat pendapat berbeza tentang pengambilan makanan yang kurang berasid, tetap tidak salah untuk mencuba.

Cuba kurangkan pengambilan makanan berikut:

  • Makanan pedas yang mengandungi cuka, jus dan buah sitrus dan makanan yang berperisa masam.
  • Produk tenusu seperti susu, keju, dadih dan aiskrim.
  • Makanan yang mengandungi potasium yang tinggi seperti pisang, brokoli, kentang, bayam dan kubis brussels.

Lebihkan pengambilan makanan berikut:

  • Roti, avokado, badam, ulaman dan rumput gandum.
  • Kacang pain dan ceri.
  • Pakar ujikaji juga mengatakan peluang untuk dapat bayi lelaki lebih tinggi dengan pengambilan harian Evening Primrose Oil.

“Maklumat yang terkandung di dalam laman ini hanyalah bagi tujuan perkongsian maklumat dan bukan untuk digunakan sebagai nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan perihal perubata, sila dapatkan nasihat daripada doktor atau pun pengamal perubatan berkelayakan. Maklumat di dalam laman ini tidak bermakna anda perlu berhenti daripada mengambil ubatan atau nasihat yang telah disyorkan, termasuk juga melengah-lengahkan daripada mendapatkan nasihat perubatan daripada doktor.  Kimberly-Clark dikecualikan daripada sebarang tuntutan liabiliti atau tanggungjawab, kesilapan atau ketinggalan di dalam laman ini, dan boleh meminda bahan pada bila-bila masa tanpa notis, setakat yang dibenarkan oleh undang-undang.”


ARTIKEL YANG BERMINAT

40WeeksPregnantWhatToExpectjpg
Kehamilan 26/06/2020

Hamil 40 Minggu

Dari kontraksi Braxton Hicks hingga otot pelvis yang diregang, ambil tahu tentang tanda-tanda bersalin yang boleh anda jangka.

39WeeksPregnantWhatToExpectjpg
Kehamilan 26/06/2020

Hamil 39 Minggu

Kami tahu aktiviti apa yang sesuai untuk anda sekarang, seperti temu janji waxing dan berenang di kolam renang.

Attention-Seeking
Kanak-kanak 22/06/2020

Kelakuan Si Manja - Inginkan Perhatian

Manusia adalah makhluk sosial. Kita dilahirkan dengan keinginan untuk hidup dan berinteraksi dengan orang lain – kita beri perhatian kepada orang lain dan mahukan perhatian daripada mereka yang berada di sekeliling kita.

Huggies club

ARTIKEL DENGAN TOPIK