Kehamilan dan Kitaran Ovulasi

Kehamilan dan Kitaran Ovulasi

Apabila wanita tahu dan peka dengan waktu ovulasi mereka, kesedaran pada fungsi dan perubahan pada badan mereka boleh membantu meningkatkan lagi peluang untuk hamil. Ovulasi boleh berlaku sebanyak 460 kali di dalam jangka hayat seseorang individu wanita, oleh itu ada banyak peluang untuk membuat percubaan.

Bila anda peka dengan waktu ovulasi, mudah untuk anda membuat jadual bagi mendapat atau mengelakkan kehamilan. Tetapi ingat, adalah normal jika anda terlepas pandang tanda-tanda ovulasi walaupun berpandukan jadual. Bagus untuk anda meramalkan tarikh-tarikh berkenaan kitaran ovulasi, kerana walaupun tidak 100% tepat, ia memberikan idea untuk perkara yang boleh dilakukan dalam proses mendapat kehamilan. Kaedah ramalan ovulasi memang tiada gerenti – ia hanyalah “ramalan terbaik” dalam meningkatkan peluang untuk mendapat kehamilan.

Bagaimana nak tahu jika saya dah berovulasi?

Hormon pada folikel ovari membantu telur untuk menjadi matang pada setiap bulan. Secara amnya, satu telur baru akan menetas dan dilepaskan pada pertengahan kitaran – lebih kurang hari ke 14-15 selepas hari pertama berakhirnya haid. Kitaran haid tidak akan berlaku sekiranya telur disenyawakan dan telur akan melekat pada dinding uterus. Tetapi telur dan lapisan dinding uterus akan dihakis keluar selepas 14 hari, jika telur tidak disenyawakan.

Gunakan kalendar bulanan untuk mengesan waktu ovulasi. Tandakan hari pertama haid berlaku dan hari terakhir darah keluar. Secara amnya anda akan lebih tahu tentang corak kitaran haid dengan mengamalkan kaedah ini. Tempoh kitaran haid biasanya adalah 28 hari, tetapi boleh berubah-ubah mengikut individu kerana ada yang panjang dan ada yang pendek. Anda juga boleh perhatikan perubahan pada fizikal badan bila menghampiri waktu ovulasi.

Masa paling sesuai untuk anda cuba

Maksimumkan peluang anda untuk hamil dengan melakukan hubungan intim betul-betul sebelum, atau semasa ovulasi berlangsung. Tempoh optimum untuk telur mudah disenyawakan hanyalah sekejap – selama 12 hingga 24 jam sahaja. Ketahui jika anda sudah mula berovulasi atau tidak dengan mengambil bacaan suhu basal badan semasa anda bangun daripada tidur.

Sperma boleh bertahan sehingga 5 hari selepas ejakulasi dan secara keseluruhannya lebih teguh daripada telur. Salah satu tiub falopio akan menjadi tempat persenyawaan, dan apabila telur telah berjaya disenyawakan, satu isyarat akan dikeluarkan kepada sperma yang lain bahawa usaha mereka untuk cuba menembusi telur tidak diperlukan lagi.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila lihat konsepsi dan kehamilan.

Sertai komuniti Huggies (jika anda belum!). Menjadi ibu merupakan fasa baru dalam hidup anda, jadi anda ingin mencari komuniti ibu baru yang dapat menempuh perjalanan bersama anda. Petua kehamilan, petua keibubapaan dan sampel lampin percuma yang dikongsi di platform Huggies Club dapat memastikan anda juga bersedia untuk anak anda yang baru lahir.

 

“Maklumat yang terkandung di dalam laman ini hanyalah untuk tujuan perkongsian informasi sahaja dan bukan sebagai gantian kepada nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan oleh pakar. Sentiasa dapatkan nasihat daripada doktor atau pembekal penjagaan kesihatan berkelayakan untuk sebarang persoalan berkenaan keadaan perubatan. Jangan berlengah untuk dapatkan nasihat perubatan, tidak mengendahkan nasihat perubatan atau berhenti mengambil rawatan perubatan disebabkan oleh maklumat di dalam laman ini. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, Kimberly-Clark tiada liabiliti atau bertanggungjawab untuk tuntutan, kesilapan atau pengabaian di dalam laman ini, dan boleh meminda material pada bila-bila masa tanpa sebarang notis. ”


ARTIKEL YANG BERMINAT

Kehamilan 22/06/2020

Apa Perlu Dielakkan Semasa Mengandung

Kebanyakan wanita hamil memang berusaha gigih mengelakkan diri mereka daripada sebarang perkara yang berpotensi membahayakan diri dan bayi yang mereka kandung.

Kehamilan 22/06/2020

Kegatalan Kulit Semasa Mengandung

Salah satu kesan sampingan kehamilan ialah kegatalan kulit. Pasti anda hairan mengapa masalah sekecil ini perlu disertakan di sini dan anda mungkin

Kehamilan 26/06/2020

Hamil 35 Minggu

Segenap inci badan anda akan rasa kurang selesa, seperti bahagian payudara atau kaki. Tetapi ini tanda-tanda hari yang dinantikan sudah semakin hampir.

ARTIKEL DENGAN TOPIK