Semua kategori
Diet kehamilan
Bersiap sedia untuk bersalin
Penjagaan diri ketika kehamilan
Mencuba untuk hamil?
Jangkaan ketika kehamilan
Trimester ke-2
Trimester ke-3

Pendarahan ringan sebelum haid

Woman talking to doctor

Pendarahan ringan sebelum haid

Pendarahan ringan yang berlaku pada bila-bila masa selain dari waktu haid dikenali sebagai ‘spotting’. Pendarahan ringan di antara waktu haid juga biasa berlaku. Salah satu sebab kenapa ia berlaku adalah disebabkan perubahan hormon dan apabila berlakunya pendarahan sewaktu pelekatan embrio. Embrio yang baru terbentuk akan mencari lokasi sesuai dan akan melekat pada lapisan dinding uterus yang ditebalkan dengan darah, menyebabkan berlakunya pendarahan ringan.

Sebab-sebab kenapa pendarahan ringan berlaku

  • “Pendarahan pelekatan”, yang bermaksud pendarahan ketika pelekatan embrio pada uterus.
  • Pendarahan selepas hubungan intim. Saluran darah di bahagian serviks dipenuhi darah di kala peringkat awal kehamilan, membuatkannya lebih sensitif dan senang berdarah.
  • Keguguran. Sebelum seorang wanita sedar yang dia sedang mengandung, pedarahan ringan boleh berlaku pada peringkat awal kehamilan.
  • Kehamilan ektopik (tubal).
  • Pendarahan ringan akan lebih kerap berlaku melalui konsepsi seperti Implanon, IUDs, peranti berasaskan tampalan dan hormon. Ia akan berkurangan beberapa bulan selepas menggunakan konsepsi berasaskan hormon dan akan kembali berlaku selepas berhenti menggunakannya. Nama lain adalah pendarahan ‘penebusan’ (breakthrough) kerana berlaku di antara haid.
  • Ovulasi. Normal bagi golongan wanita yang setiap bulan boleh meramalkan pendarahan ringan serentak dengan waktu ovulasi mereka.
  • Masalah pada tiroid atau ovari dan juga diabetes boleh menyebabkan hormon yang tak seimbang.
  • Kesan sampingan perubatan. Bagi wanita yang mengambil anti-depresan dan kortikosteroid, pendarahan ringan akan kerap terjadi.
  • Pengambilan ubat-ubatan mencairkan darah seperti Heparin, Warfarin atau Aspirin.
  • Jangkitan pada vagina, uterus atau serviks.
  • Diagnosis serius seperti kanser uterin, kanser ovari, kanser serviks, endometriasis, polip, fibroid atau lesi juga boleh menjadi punca, tetapi jarang sekali.
  • Sindrom Ovarium Polikistik (POS).
  • Selepas ujian pada vagina seperti pap smear.
  • Tekanan berpanjangan. Spotting merupakan salah satu simptom sistem badan yang tidak seimbang.

Penyebab pendarahan implantasi

Pendarahan ringan boleh berlaku seminggu atau beberapa hari sebelum haid bermula. Apabila seorang wanita tidak menggunakan pencegah kehamilan dan pendarahan ringan berlaku, ia mungkin disebabkan oleh pendarahan implantasi dan bukannya darah haid. Disebabkan tempoh masa ia berlaku, majoriti wanita menganggap pendarahan itu adalah haid normal dan tidak merasakan mereka sebenarnya telah hamil.

Beza antara darah haid dan darah implantasi adalah warnanya seakan merah jambu atau coklat. Jumlahnya juga sedikit berbanding darah haid yang mengalir keluar secara banyak. Cecair yang keluar juga tidak bertambah mendadak dan tidak menghasilkan ketulan darah. Kekejangan juga tidak berlaku ketika pendarahan implantasi dan ianya berlaku 11-12 hari selepas konsepsi berlaku.

Semua yang tidak berlaku semasa pendarahan implantasi, akan berlaku ketika haid. Ketulan darah akan keluar, kekejangan pada abdomen, darah yang mengalir keluar dengan jumlah banyak. Haid juga boleh diramal, tidak seperti pendarahan ringan yang boleh berlaku pada bila-bila masa dan akan berhenti selepas sehari dua.

Tapi saya tidak pernah alami pendarahan ringan!

Pendarahan ringan boleh buatkan wanita rasa keliru jika mereka sentiasa melalui kitaran haid yang selaras dan mudah diramal. Normal untuk rasa risau jika anda tidak pernah mengalami pendarahan ringan. Pastikan anda ambil berat tentang perihal ini dan sila dapatkan nasihat daripada doktor atau pakar kesihatan. Ia penting untuk anda lakukan pemeriksaan atau ujian bagi mendapatkan kepastian.

Anda mungkin tertanya-tanya dari mana datangnya pendarahan ringan ini. Jangkitan pada saluran kencing boleh mengakibatkan air kencing bercampur dengan kesan darah, dan boleh dilihat apabila anda menggunakan tisu tandas. Pendarahan dalaman dan luaran juga boleh berlaku di kalangan wanita yang mengalami buasir atau pendarahan yang berpunca daripada usus atau rektum. Gunakan tampon untuk pastikan jika darah yang keluar adalah dari vagina. Disyorkan juga untuk berjumpa dengan pakar kesihatan bagi mendapatkan kepastian tentang punca pendarahan.

Pendarahan ringan biasa berlaku sebelum haid?

Pada peringkat awal kehamilan, dianggarkan dalam 25-30% wanita hamil akan mengalami pendarahan ringan atau pendarahan vagina. Kadang-kala ia disebabkan oleh keguguran. Tidak banyak yang boleh dilakukan untuk mengelak daripada keguguran yang akan terjadi. Pakar kesihatan biasanya menasihatkan untuk menunggu dan lihat semasa peringat awal pendarahan ringan. Ada wanita yang akan serta-merta mengalami keguguran dan ada yang terselamat daripada mengalaminya.

Walaupun purata keguguran adalah satu di dalam empat kehamilan, tiga kehamilan tersebut secara realitinya akan melahirkan bayi yang sihat dan cukup sifat.

Simptom fizikal dan emosional yang berlaku, bergantung kepada pendarahan ringan yang terjadi dalam hari tertentu dan hormon berlainan yang dihasilkan di dalam badan.

Beza pendarahan ringan dan pendarahan haid.

Kuantiti darah yang keluar adalah ciri utama membezakan pendarahan ringan dan haid. Punca dua pendarahan ini adalah berbeza, walaupun rupanya agak mengelirukan.

Pendarahan ringan tidak sebanyak darah haid dan keluar dengan tak sekata. Kesan tompokan di dalam mukus vagina anda juga tidak terlalu ketara. Pendarahan ringan terjadi dengan lebih ketara semasa anda bangun pagi, selepas melakukan hubungan intim dan selepas bersenam.

Selalunya anda akan sedar pendarahan ringan berlaku bila anda ke tandas dan nampak kesan tompokan berwarna coklat dan merah jambu pada tisu tandas. Seluar dalam anda juga boleh terkena kesan tompokan ini.

Dalam situasi ini, tak perlu gunakan tampon atau pad untuk menyerap darah kerana kuantitinya sedikit. Tetapi anda boleh gunakan pelapik seluar dalam untuk kekal rasa segar dan elak daripada terkena tompokan. Jika pendarahan banyak dan anda perlu gunakan tampon atau pad, itu bermakna anda mengalami haid.

Simpan diari pendarahan ringan jika anda perasan ada corak konsisten sewaktu ia berlaku. Diari boleh membantu anda untuk ingat tarikh penting kitaran haid atau tarikh pendarahan ringan berlaku, dan juga sebagai maklumat berguna untuk dikongsikan dengan doktor anda.

Perbezaan pendarahan ringan dan keguguran.

Perhatikan jika pendarahan vagina menjadi berat dan keluar ketulan, atau pun perubahan pada warna darah, bermakna itu bukannya pendarahan ringan. Tanda-tanda lain keguguran adalah sakit belakang, kekejangan uterus dan sakit bahagian bawah abdomen. Bagi beberapa wanita, kesemua ini mungkin boleh menjadi tanda yang menunjukkan mereka telah hamil.

Lakukan ujian medikal dan jangan tunggu sehingga anda risau dengan pendarahan. Embrio boleh dikesan dengan ujian ultrabunyi dan kebiasaannya selepas 5-6 minggu kehamilan.

Pendarahan yang berterusan boleh berlaku sekiranya masih ada produk konsepsi di dalam uterus selepas keguguran. Sekaligus boleh menyebabkan jangkitan. Jika keguguran yang dialami tidak lengkap, penggunaan kuret adalah perlu.

Bagi mengelakkan sebarang masalah dalam kehamilan seterusnya, wanita yang tergolong dalam kumpulan darah Rh Negatif boleh mengambil suntikan Anti D.

Bilakah waktu yang sesuai untuk lakukan ujian kehamilan?

Untuk dapat keputusan tepat, lakukan ujian semasa haid anda tidak tiba, iaitu semasa tarikh haid anda sepatutnya dijangka bermula. Kit ujian kehamilan boleh mengesan hormon yang terkandung dalam air kencing, gonadotrofin korion manusia (hCG). Jumlahnya tertinggi di dalam air kencing semasa anda baru bangun tidur di waktu pagi.

Tak perlu tunggu lama untuk dapatkan keputusan kerana kit ujian kehamilan terkini memberikan keputusan yang agak tepat. Tapi ingat, kombinasi peringkat awal kehamilan dan air kencing yang tidak pekat boleh memberikan keputusan negatif. Disyorkan untuk buat ujian beberapa kali jika tidak dapat keputusan positif.

Penggunaan kit ujian yang tidak mengikut panduan juga boleh menyebabkan keputusan negatif: contohnya seperti menunggu terlalu lama atau terlalu sekejap untuk dapatkan keputusan. Maksud lain negatif adalah anda telah hamil. Kalau anda masih rasa anda hamil dan haid masih tak berlaku selepas seminggu, sila lakukan ujian sekali lagi.

Dapatkan bantuan di tempat berikut:

  • Pengamal Perubatan.
  • Pusat kesihatan komuniti.
  • Hospital tempatan.
  • Jika pendarahan ringan berkaitan dengan pencegah kehamilan berasaskan hormon, sila dapatkan nasihat daripada pakar kesihatan anda.
Sertai komuniti Huggies (jika anda belum!). Menjadi ibu merupakan fasa baru dalam hidup anda, jadi anda ingin mencari komuniti ibu baru yang dapat menempuh perjalanan bersama anda. Petua kehamilanpetua keibubapaan dan sampel lampin percuma yang dikongsi di platform Huggies Club dapat memastikan anda juga bersedia untuk anak anda yang baru lahi

“Maklumat yang terkandung di dalam laman ini hanyalah bagi tujuan perkongsian maklumat dan bukan untuk digunakan sebagai nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan perihal perubata, sila dapatkan nasihat daripada doktor atau pun pengamal perubatan berkelayakan. Maklumat di dalam laman ini tidak bermakna anda perlu berhenti daripada mengambil ubatan atau nasihat yang telah disyorkan, termasuk juga melengah-lengahkan daripada mendapatkan nasihat perubatan daripada doktor. Kimberly-Clark dikecualikan daripada sebarang tuntutan liabiliti atau tanggungjawab, kesilapan atau ketinggalan di dalam laman ini, dan boleh meminda bahan pada bila-bila masa tanpa notis, setakat yang dibenarkan oleh undang-undang.”


ARTIKEL YANG BERMINAT

40WeeksPregnantWhatToExpectjpg
Kehamilan 26/06/2020

Hamil 40 Minggu

Dari kontraksi Braxton Hicks hingga otot pelvis yang diregang, ambil tahu tentang tanda-tanda bersalin yang boleh anda jangka.

39WeeksPregnantWhatToExpectjpg
Kehamilan 26/06/2020

Hamil 39 Minggu

Kami tahu aktiviti apa yang sesuai untuk anda sekarang, seperti temu janji waxing dan berenang di kolam renang.

7-Tips-on-How-to-Take-Care-of-Baby's-Sensitive-Skin
Bayi Baru Lahir 22/06/2020

Menjaga Dengan Penuh Berhati-hati: Menjaga Kulit Sensitif Bayi Anda

Tiada apa yang lebih anda suka daripada memeluk bayi anda yang mempunyai kulit yang sangat lembut. Jadi ia merupakan perkara baik yang kulit bayi anda sangat sensitif kepada sentuhan anda yang menenangkan, mengasuh dan penting untuk perkembangan mereka.

Huggies club

ARTIKEL DENGAN TOPIK