Bagaimana untuk Membantu Badan Anda Pulih Selepas Bersalin

Bagaimana untuk Membantu Badan Anda Pulih Selepas Bersalin

KONGSI ARTIKEL

Panduan untuk menjaga diri anda selepas bersalin.

Menjaga diri anda sama penting dengan menjaga bayi baru anda. Dengan amalan berpantang kaum Cina, Melayu dan India, kebanyakan Ibu Singapura faham tentang penjagaan istimewa yang diperlukan untuk membantu mereka sembuh dan pulih selepas bersalin. Sama ada anda pilih untuk mengamalkan amalan berpantang sepenuhnya, sebahagiannya atau tidak sama sekali, berikut adalah panduan kami untuk pulih daripada bersalin.

Tidur apabila bayi anda tidur

Rehat yang mencukupi amat penting untuk pemulihan anda. Ibu yang mendapat tidur yang mencukupi adalah lebih sihat dan jika anda sedang menyusu, kekurangan tidur boleh menjejaskan hasil susu anda. Pada mulanya anda mungkin menyusukan bayi anda 7-8 kali sehari, dan ini boleh mengganggu anda untuk mendapatkan 6-8 jam tidur yang berpanjangan, jadi tidur apabila bayi anda tidur dan cuba jangan bekerja keras selain daripada makan, menyusu, tidur dan mandi untuk beberapa minggu pertama. Dapatkan sebanyak bantuan yang anda boleh untuk memasak dan mengemas.

Makan dengan betul

Setiap tradisi berpantang mempunyai senarai makanan yang berbeza untuk dielakkan. Beberapa larangan ini tidak mempunyai bukti saintifik tetapi memastikan anda mengamalkan diet yang seimbang adalah penting untuk pemulihan anda. Diet anda sepatutnya terdiri daripada 5-7 hidangan bijirin penuh, pasta, nasi atau bijirin, setiap 2 hidangan untuk sayur-sayuran dan buah-buahan dan 2-3 hidangan daging atau susu rendah lemak supaya anda mendapat protein, zat besi dan kalsium yang mencukupi. Makan banyak serat untuk mengelakkan sembelit. Ambil lebih makanan yang tinggi dengan antioksidan seperti buah, sayur, dan kekacang. Makanan yang tinggi dengan asid lemak omega 3, seperti salmon, kekacang dan bijiran, membantu melawan keradangan dan air yang berlebihan dan menguatkan sistem imun anda. Anda juga mungkin mahu mengurangkan jumlah pengambilan gula dan tepung gandum pada diet anda untuk mengurangkan perubahan emosi dan berat yang bertambah selepas bersalin.

Kekal hidrat

Sesetengah ibu baru dinasihatkan supaya tidak meminum air ketika tempoh berpantang kerana ia akan menyebabkan retensi air. Tetapi ia adalah sangat penting untuk meminum 8-10 gelas air sehari jika anda sedang menyusu. Anda perlu kekal hidrat untuk membantu penghasilan susu anda.

Ambil perhatian tentang postur anda

Kehamilan dan menjadi seorang ibu boleh membebankan belakang anda dan kebanyakan ibu baru mengalami sakit leher, bahu dan belakang. Kebanyakan masalah ini disebabkan oleh postur yang buruk jadi berhati-hatilah apabila anda duduk, berdiri dan mendukung bayi anda. Gunakan bantal ketika penyusuan supaya anda boleh duduk dengan tegak dan tidak terbongkok. Ambil 5-minit waktu rehat sepanjang hari untuk merenggang supaya anda dapat mengurangkan sakit leher, bahu dan belakang.

Pergi berurut

Urutan selepas bersalin oleh ahli terapi yang disahkan dan berpengalaman amat membantu untuk ibu baharu. Ia dapat membantu rahim anda mengecut kepada saiz sebelum bersalin, mengurangkan retensi air dan melegakan kesakitan. Teknik yang salah boleh menyebabkan pendarahan lebih jadi pastikan ahli terapi anda benar-benar berpengalaman. Jika anda mengalami pembedahan Caesarean, anda harus tunggu 2 bulan supaya luka anda sembuh dan mendapat kebenaran daripada doktor anda sebelum berurut.

 

huggies-logo

Berminat untuk dapatkan berita terkini, petua keibubapaan dan tawaran eksklusif?

SERTAI KAMI HARI INI!

Anda mungkin berminat dengan artikel kehamilan ini!

Apa yang Harus Ada Dalam Setiap Beg Lampin Bayi

Apa yang Harus Ada Dalam Setiap Beg Lampin Bayi

Baca Lebih Lanjut
Tips Untuk Penyusuan Yang Berjaya

Tips Untuk Penyusuan Yang Berjaya

Baca Lebih Lanjut
Cara Asas Mendukung Bayi Anda

Cara Asas Mendukung Bayi Anda

Baca Lebih Lanjut