Manfaat Menyusu Badan

Manfaat Menyusu Badan

KONGSI ARTIKEL

Seperti ibu-ibu lain, kami pasti anda juga sentiasa membuat keputusan berdasarkan apa yang terbaik untuk bayi anda, walaupun anda terpaksa berhadapan dengan dugaan. Menyusu badan memberi pelbagai manfaat, itulah sebabnya mengapa semua pakar bersetuju bahawa ia adalah pilihan terbaik untuk bayi. Apabila anda memilih untuk menyusu badan, anda mungkin akan berasa janggal pada awalnya, tetapi dengan kesabaran dan nasihat yang betul, anda pasti akan dapat membiasakan diri dengannya. Pengalaman yang anda peroleh melaluinya juga adalah amat berharga.

Berikut adalah antara manfaat paling besar untuk anda dan bayi:

Mengekalkan kesihatan bayi

Susu badan anda terhasil secara khusus untuk melindungi bayi anda daripada penyakit. Penyakit seperti virus dalam perut, penyakit saluran pernafasan bawah, jangkitan telinga dan meningitis kurang dialami oleh bayi-bayi yang menyusu badan. Jika ada di antara mereka yang dijangkiti, keadaannya tidaklah begitu serius.

Menjadikan bayi anda lebih pintar

Pakar-pakar mendedahkan bahawa, jika anda memberi susu badan kepada bayi anda sekurang-kurangnya selama setahun, mereka akan membesar dengan tahap kepintaran yang lebih tinggi. Ini adalah kerana susu badan membantu otak berkembang dengan lebih baik dan meningkatkan kuasa minda bayi anda.

Merendahkan kemungkinan bayi mengalami obesiti

Menyusu badan boleh menjadi cara yang terbaik untuk mengurangkan kemungkinan bayi anda mengalami obesiti. Bayi-bayi yang menyusu badan mempunyai kecenderungan untuk makan sehingga rasa lapar mereka hilang. Ini dapat membentuk tabiat makan yang lebih sihat.

Boleh menyelamatkan nyawa bayi

Penyusuan badan boleh merendahkan risiko sindrom kematian mengejut di kalangan bayi (‘SIDS’). Para ibu digalakkan untuk memberi susu badan seberapa selama yang mungkin untuk mengurangkan risiko tersebut.

Ia juga menyihatkan untuk anda!

Apabila anda menyusu badan, tubuh anda akan menghasilkan oksitosin yang boleh membantu anda berasa tenang. Kajian turut menunjukkan bahawa lebih lama anda memberi susu badan, lebih tinggi perlindungan yang akan anda perolehi terhadap barah payudara dan ovari. Sesungguhnya menyusu badan memberi faedah kepada anda dan bayi anda.

 

huggies-logo

Berminat untuk dapatkan berita terkini, petua keibubapaan dan tawaran eksklusif?

SERTAI KAMI HARI INI!

Anda mungkin berminat dengan artikel kehamilan ini!

Pemakanan Semasa Mengandung

Pemakanan Semasa Mengandung

Baca Lebih Lanjut
Rancangan Pemakanan Semasa Hamil

Rancangan Pemakanan Semasa Hamil

Baca Lebih Lanjut
Memanjakan Diri Semasa Hamil

Memanjakan Diri Semasa Hamil

Baca Lebih Lanjut