Kebimbangan Pemisahan Bayi

Kerisauan Semasa Berjauhan Di Kalangan Kanak-kanak

KONGSI ARTIKEL

Adakah si manja anda menangis, kelihatan risau dan terganggu emosinya apabila anda meninggalkan bilik? Adalah mereka akan memeluk kaki anda, tidak mahu berjauhan dan meraung tidak henti sehingga mereka didukung?

Terus membaca untuk lebih memahami mengenai kerisauan kanak-kanak untuk berjauhan dan apa yang anda boleh lakukan.

Apakah Kerisauan Semasa Berjauhan?

Kerisauan semasa berjauhan berlaku apabila kanak-kanak takut berjauhan dengan ibu bapa mereka dan orang yang rapat dengan mereka. Ia mula kelihatan semasa bayi berusia enam hingga lapan bulan dan mungkin berakhir sehingga mereka berusia empat tahun. Tetapi umumnya, dalam masa ini ada ketikanya kerisauan berjauhan akan bertambah baik atau teruk.

Mengapakah Anak Saya Begini?

Anda mungkin fikir bahawa anda bersendirian menghadapi keadaan ini, tetapi percayalah anda tidak keseorangan. Kerisauan berjauhan dalam diri si kecil adalah perkara biasa yang dianggap sebagai sebahagian daripada proses tumbesaran. Anak kecil melalui peringkat untuk belajar mempercayai orang lain. Mereka perlu menjalin hubungan emosional dengan orang yang akan memenuhi keperluan mereka untuk kelangsungan hidup.

Segalanya Adalah Tentang Saya!

Kanak-kanak kecil percaya bahawa dunia berputar di sekeliling mereka dan semua orang sedia berkorban untuk mereka. Apabila berlaku perkara yang tidak mereka sukai, mereka akan marah. Ini akan ditunjukkan pada gerak tubuh dan bahasa percakapan mereka.

Kanak-kanak kecil tidak tahu cara untuk berkelakuan yang diterima oleh orang ramai. Kapasiti otak mereka belum memahami bahawa orang lain juga mempunyai kehendak sendiri.

Setiap anak kecil mempunyai kelakuan tersendiri yang unik. Sesetengah mereka tidak terlalu menunjukkan emosi mereka semasa di khalayak ramai.

Si kecil juga perlu berkembang melalui peringkat pembangunan emosi yang kompleks. Jika mereka terlepas suatu peringkat, ia bermakna mereka akan menghadapi kesukaran untuk membina hubungan keyakinan dengan orang lain apabila dewasa.

Janganlah fikir seolah-olah si manja anda akan sentiasa risau apabila berjauhan. Dengan pengurusan yang betul dan kefahaman tentang perkembangan kanak-kanak, anda akan boleh menyokong si manja anda melalui usia dan peringkat ini dengan jaya.

Apakah Makna Sebenar Kerisauan Berjauhan

Si manja anda sebenarnya mempamerkan sayang mereka kepada anda dalam cara terbaik yang mereka tahu. Keperluan terhadap jaminan dari sudut emosi amat kuat sehingga mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapat perhatian dan pujukan mesra anda . Ini termasuk menjerit dengan kuat dan nyaring bagi memenangi hati anda.

Jika anak kecil anda boleh berkata “saya perlukan ibu sentiasa di sisi sayardquo;, pasti mereka akan berkata demikian. Tetapi oleh kerana penguasaan bahasa mereka masih di peringkat awal perkembangan, mereka mempamerkannya kehendak ini melalui kelakuan mereka. Semua pelukan, tarikan, tangisan dan kesedihan mereka sebenarnya adalah untuk pastikan anda sentiasa berada di sisi.

Dahulukan Yang Penting

  • Pertimbangkan untuk mendapat pemeriksaan perubatan untuk anak kecil anda. Pernah terjadi, keadaan berkaitan kerisauan berjauhan ini berkaitan dengan masalah penglihatan atau pendengaran.
  • Berbincanglah dengan pasangan anda untuk menguruskan keadaan ini. Tindakan yang konsisten amat penting.
  • Fikirkan tentang keperluan emosi anda sendiri. Kadang-kadang kerisauan akibat berjauhan dalam kalangan si manja menyedarkan ibu bapa bahawa mereka juga perlu memerlukannya sesama orang dewasa.

Tips untuk Menghadapi Kerisauan Berjauhan bagi Anak-Anak Kecil

Menguruskan kerisauan akibat berjauhan tidak boleh diselesaikan dengan segera. Ia memerlukan masa untuk anak kecil membina keyakinan terjamin kepada tahap boleh diuruskan sehingga mereka tidak dikuasai perasaan mereka.

  • Jangan biarkan si manja anda menentukan siapa yang lebih banyak memujuk antara anda berdua. Kedua-dua ibu bapa yang penyayang boleh memberi reaksi positif.
  • Jangan pedulikan rengekan. Berikan perhatian hanya kepada tangisan.
  • Sibukkan diri anda. Jangan hadkan kerja rumah atau kerja pejabat anda hanya kerana bayi anda kerisauan. Persekitaran sunyi yang dibuat-buat tidak akan membantu kemahiran si manja anda belajar tentang kehidupan sebenar.
  • Bercakaplah dengan anak kecil anda. Jika anda perlu pergi ke bilik lain, beritahu mereka dan anda pasti akan kembali.
  • Sesetengah anak kecil suka memegang mainan yang boleh dipeluk. Ini membantu mereka berasa lebih selamat. Jangan bimbang jika si kecil anda tidak mempunyai “barang mainan sementara yang disayangi”.
  • Bercakaplah dengan suara memujuk, yang ikhlas. Anak kecil akan perasan kerisauan ibu bapa mereka lalu mereka diam.
  • Berikan pelukan dan ciuman mesra kepada mereka dengan tidak disangka-sangka.
  • Pertimbangkan penjagaan harian bagi beberapa hari dalam seminggu. Pendedahan kepada anak-anak kecil dan orang dewasa lain boleh membantu si kecil membina kemahiran bersosial.

Menangani Kerisauan Perpisahan dan Pusat Jagaan Harian

  • Tetapkan sasaran untuk si kecil anda menyesuaikan diri di pusat jagaan harian. Ini lebih baik untuk anda, si manja anda dan penjaga mereka.
  • Buat penelitian keadaan pusat jagaan yang sesuai untuk anak anda. Jika anda tidak 100% yakin, anda pula yang akan kerisauan.
  • Jangan terlalu lama mengambil masa untuk mengucapkan selamat tinggi. Ini akan lebih merisaukannya. Beritahu si kecil bahawa anda akan pergi tetapi akan datang semula.
  • Pastikan mereka tahu yang anda akan kembali. Tanamkan persefahaman ini contohnya. “Ibu akan datang bila sayang bangun tidur.”.
  • Jangan biarkan si manja anda melihat anda kecewa. Mereka akan mencontohi anda. Anda boleh menangis setelah meninggalkannya, apabila mereka tidak nampak.
  • Apabila kembali, tunjukkan kegembiraan dan sayang anda. Walau bagaimanapun, pastikannya sederhana dan tidak keterlaluan.
  • Pujukan keterlaluan boleh menjadi negatif. Si manja boleh mentafsirkan pujukan berlebihan ibu bapa mereka bermakna mereka sememangnya perlu risau apabila berjauhan.

10 Tips Terbaik untuk Menguruskan Kerisauan Berjauhan

  1. Jangkakan si kecil anda akan “meragam” apabila mereka letih dan//atau lapar.
  2. Anda perlu adil dan saksama. Jangan harapkan si manja anda berkelakuan sempurna setiap hari. Kita semua ada hari yang baik dan kurang baik.
  3. Anda perlu konsisten. Anak kecil perlu pastikan ibu bapa mereka bertindak balas dalam cara yang sama.
  4. Ikutilah rutin. Ini akan membantu anak kecil anda belajar tentang apa yang boleh dijangka dan keadaan sebenar.
  5. Berlaku adil. Jika anda mempunyai lebih daripada seorang anak, cuba berikan perhatian yang sama. Anak yang pendiam juga perlukan perhatian ibu bapa.
  6. Realistiklah terhadap keupayaan anak anda. Pembangunan sosial dan emosional berbeza antara kanak-kanak. Mereka tidak mempunyai kemampuan yang sama pada masa yang sama.
  7. Pujilah kelakuan positif. Apabila anak kecil anda seronok bermain dan tidak meminta perhatian anda, berikan pujian terhadap kebaikan mereka.
  8. Anda sendiri perlu menjadi model contoh berhubung tabiat baik semasa berpisah. Pastikan anda gembira, tenang dan ceria semasa mengucapkan selamat tinggal. Ini akan membantu si manja anda belajar bahawa mengucapkan selamat tinggal bukanlah sesuatu yang teruk.
  9. Jangan hadkan penglibatan sosial anda. Si kecil mendapat manfaat apabila melihat ibu bapa mereka berbual dengan orang dewasa dan kanak-kanak lain.
  10. Sasarkan anda meluangkan masa istimewa bersama mereka setiap hari. Anak kecil menuntut kasih sayang jika mereka tidak memperolehinya dengan cukup. Meragam mungkin menjadi tanda mereka inginkan lebih banyak perhatian.

Apa Yang Tidak Boleh Dilakukan Semasa Menguruskan Kerisauan Berjauhan

  • Hukuman hanya akan memburukkan keadaan. Menampar, memukul, menjerit dan mengancam tidak akan menyelesaikan masalah tetapi membuatkan anak kecil anda ketakutan.
  • Seandainya si manja anda amat sensitif, kuat merajuk atau mudah marah, ini adalah peringkat perkembangan.
  • Mengasingkan anak kecil anda tidak akan membantu. Anda mungkin merasa bahawa anda tidak punya ruang sendiri tetapi peringkat ini akan berlalu. Sabarlah.
  • Jangan bandingkan anak kecil anda dengan yang lain. Faktor keturunan, jantina, persekitaran, personaliti dan pengalaman semuanya memainkan peranan bagaimana kanak-kanak menghadapi saat berjauhan dengan ibu bapa mereka.
  • Elakkan daripada memberi tindak balas positif bagi kerisauan semasa berpisah. Memberi makanan, hadiah dan mainan boleh disalahertikan oleh anak kecil.

Anda Perlu Ingat

  • Bahawa anak kecil anda bukannya sengaja ingin menyusahkan anda. Fikiran mereka masih belum matang. Berilah masa kepada mereka untuk berkembang dan belajar pelbagai cara lain untuk mendapat perhatian anda.
  • Cuba bertenang dan kawal emosi anda. Lazimnya, kita mudah tertekan apabila melihat anak-anak mengamuk membuatkan kita tertekan. Tetapi jadilah seorang dewasa, peneraju teguh dalam keluarga.
  • Anda perlu menjaga kepentingan sendiri. Ibu bapa yang memberi segalanya tidak memikirkan tentang diri mereka.

Ingatan!

Cuba jangan terlalu risau. Ketakutan kanak-kanak semasa berjauhan bukanlah gambaran tabiat kekal mereka. Kanak-kanak akan berubah menjadi diri mereka sebenar.

huggies-logo

Berminat untuk dapatkan berita terkini, petua keibubapaan dan tawaran eksklusif?

SERTAI KAMI HARI INI!

Anda mungkin berminat dengan artikel kehamilan ini!

Tangisan Dan Pujukan

Baca Lebih Lanjut
Rutin Si Manja

Rutin Si Manja

Baca Lebih Lanjut
Tabiat Si Manja

Tabiat Si Manja

Baca Lebih Lanjut