Semua kategori
Diet kehamilan
Bersiap sedia untuk bersalin
Penjagaan diri ketika kehamilan
Mencuba untuk hamil?
Jangkaan ketika kehamilan
Trimester ke-2
Trimester ke-3

Hamil 15 Minggu

15WeeksPregnantWhatToExpectjpg

Dalam minggu ini akan jadi lebih bertenaga dan selera makan juga bertambah, berbanding minggu-minggu sebelumnya. Terima kasih kepada hormon yang meningkat di dalam badan.

Semasa bayi berkembang dalam perut, pasti sukar untuk anda baring dengan selesa ketika tidur. Jadi cubalah untuk cari posisi tidur yang lebih selesa lebih-lebih untuk para ibu yang sudah biasa tidur meniarap. Buat pilihan bijak dengan membeli bantal panjang yang boleh dialas di keliling badan dan kaki anda.

Hidung berhingus dan tersumbat boleh disebabkan oleh hidung berdarah kerana vena bengkak. Jangan risau, kerana ia akan pulih dengan sendiri.

Kalau kasut anda terasa ketat, ia disebabkan oleh progesteron, satu hormon kehamilan penting yang menenangkan otot pelvis. Tetapi kesan hormon ini akan berterusan sehingga membuatkan saiz kasut anda naik sekali ganda pada tempoh akhir kehamilan, jadi jangan terkejut ya.

Saiz payu dara anda bertambah besar dan semakin berat. Sangat penting untuk anda membeli baju dalam yang boleh menyokong payu dara ketika kehamilan.

Perubahan bayi dalam minggu ini

  • Lebih aktif
  • Mata bayi yang berada di bahagian tepi mula beralih ke posisi yang sepatutnya
  • Tiga tulang kecil dalam telinga mula terbentuk
  • Kaki bayi menjadi lebih panjang berbanding tangan

Si Manja anda sekarang tak duduk diam dan menggerakkan kaki dan tangan. Pasti anda rasa gembira bila dapat merasakan gerak-geri ini. 

 

 Walaupun kecil, berat bayi sudah boleh mencecah 100 gram. Nafas, pergerakan menghisap jari dan menelan air liur mula boleh didengar melalui ultra bunyi. Bayi juga tak lagi mengerekot kerana kaki sudah semakin panjang dan rupa bentuk tubuh badan semakin ketara.

 

 

Minumlah air dalam kuantiti yang banyak, kerana jumlah fluorida yang tinggi dalam air membantu pembentukan gigi bayi dan boleh mengelakkan anda daripada terkena jangkitan urinari. Gunakan tandas untuk membuang air kecil dan toksin dan pastikan mengelap dari bahagian depan hingga ke belakang. Sila buang air juga setiap kali sebelum dan selepas bersama pasangan anda.

 

Tambah jus kranberi di dalam diet harian anda kerana kranberi kaya dengan Vitamin C, mempunyai kualiti perlindungan dan membantu anda menyerap zat besi daripada makanan.

Perbanyakkan juga aktiviti harian yang tiada kena mengena dengan kehamilan anda kerana penting untuk anda selesaikan komitmen lain selain daripada fokus dengan penjagaan bayi dalam kandungan. Jangan rasa tak sedap hati jika anda hanya boleh makan biskut kering atau Pringles sepanjang kehamilan kerana terdapat banyak faktor yang mempangaruhi selesa Si Manja ketika mereka membesar. Contohnya seperti desakan rakan, iklan dan citarasa individu.

 

ARTIKEL YANG BERMINAT

40WeeksPregnantWhatToExpectjpg
Kehamilan 26/06/2020

Hamil 40 Minggu

Dari kontraksi Braxton Hicks hingga otot pelvis yang diregang, ambil tahu tentang tanda-tanda bersalin yang boleh anda jangka.

39WeeksPregnantWhatToExpectjpg
Kehamilan 26/06/2020

Hamil 39 Minggu

Kami tahu aktiviti apa yang sesuai untuk anda sekarang, seperti temu janji waxing dan berenang di kolam renang.

7-Tips-on-How-to-Take-Care-of-Baby's-Sensitive-Skin
Bayi Baru Lahir 22/06/2020

Menjaga Dengan Penuh Berhati-hati: Menjaga Kulit Sensitif Bayi Anda

Tiada apa yang lebih anda suka daripada memeluk bayi anda yang mempunyai kulit yang sangat lembut. Jadi ia merupakan perkara baik yang kulit bayi anda sangat sensitif kepada sentuhan anda yang menenangkan, mengasuh dan penting untuk perkembangan mereka.

Huggies club

ARTIKEL DENGAN TOPIK